Jumaat, 3 Februari 2012

Orang Bunian

Penjelasan dari Dato’ Dr Haron Din: 

Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka saya cuba menjelaskannya. Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah difilemkan oleh allahyarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk bunian. Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan bermasyarakat.


Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT lebih mengetahui.

Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.

Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir' atau 'ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia. Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan kehilangan Khurafah.

Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya. Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi SAW, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi SAW menyebut (maksudnya): "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah. Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.

Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat Islam awal di zaman Rasulullah SAW di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya. Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat manusia? Wallahua'lam.

Sumber: http://darussyifa.org/SJ007.php

13 ulasan:

  1. apakah wajah bunian sama seperti kita ataupon sebaliknya??

    BalasPadam
  2. Pusat rawtan ini di bawah ustaz Haron Din ke?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.

    Sesungguhnya Para Bunian wujud dan mereka bukanlah jin atau kacukan jin atau dahulunya manusia seperti yang selalu dibicarakan. Para Bunian dijadikan dari cahaya, sama seperti Malaikat bezanya Malaikat tiada jantina, tidak makan, minum mahupun tidur. Bunian juga tidak bernafsu dan tidak memakan daging kerana kepada mereka, memakan daging adalah satu pembunuhan. Para Bunian dijadikan dalam bentuk manusia untuk memudahkan mereka berdamping dengan manusia. Mereka juga ada golongan Raja dan rakyat biasa, dan Raja-Raja Bunian bersayap.

    Mereka bukanlah seperti yang selalu digambarkan; lemah-lembik, suka mandi-manda dan menyanyi, bermain kompang... mereka sebenarnya amat tegas dan serius dalam menjalankan tugas utama mereka: memusnahkan iblis dan jin-jin yang ingkar. Mereka juga tidak sentiasa berpakaian putih. Pakaian putih hanyalah untuk bersolat. Manusia sering diperdaya jin-jin yang menyamar Bunian, berpakaian putih, berserban dan membawa bakul bunga. Ketahuilah bahawa Para Bunian tidak pernah muncul di hadapan manusia dan tidak bergaul dengan manusia. Mereka mendampingi manusia dan membantu secara rahsia.

    Saya juga telah berkunjung ke Darussyifa' untuk bertemu dengan para ustaz/perawat di sana dan penjelasan mengenai Para Bunian telah diterima dengan baik. Menurut mereka, sebelum ini tiada kaedah untuk betul-betul mengenalpasti apakah itu Bunian, tetapi kini mereka telah faham dan meminta saya terus menyebarkan kebenaran ini. SubhanAllah.

    Silalah layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh dan add saya di Facebook untuk mengetahui lebih banyak tentang Kebenaran mengenai Bunian.

    Hj Muhammad

    BalasPadam
    Balasan
    1. hati2 dgn tipu daya iblis.....yg merasuk ke dalam tubuh manusia dan berkata2,,,saya dah mendengar rakaman saudara....tetapi saya tidak mendengar sebutan Muhammad Rasullullah.......siapakah yg tidak mengaku Muhammad Rasullullah? tentunya iblis....

      Padam
  4. hati2 dgn tipu daya iblis.....yg merasuk ke dalam tubuh manusia dan berkata2,,,saya dah mendengar rakaman saudara....tetapi saya tidak mendengar sebutan Muhammad Rasullullah.......siapakah yg tidak mengaku Muhammad Rasullullah? tentunya iblis....

    BalasPadam
  5. Maaf saya ingin mencelah sikit tentang kenyataan di atas dimana memang benar bunian ni bukan golongan Jin dan mereka pun sama macam manusia cuma saiz nya agak rendah sikit .Mereka juga terdapat golongan kafir tetapi hanya sedikit sahaja..mereka memang sentiasa berpakaian serba putih.Mereka juga makan ikan atau daging terutama ayam yang di panggang.Makan utama mereka hanya adalah Ubi yang rebus atau bakar.kehidupan mereka sama seperti manusia zaman dulu seperti kesultan melayu.Satu perkara yang ingin ditekankan dikalangan mereka tidak terdapat panglima atau dayang2 seperti diceritakan..semua itu bukan tipu tetapi manusia dipermainkan oleh segelintir golongan bunian yang nakal supaya manusia menghormati mereka kerana manusia mudah lupa diri jika dah berjaya..FYI bukan semua bunian dapat berhubungan dengan manusia jika tiada ilmu.Memang betul mereka dicipta dari cahaya dan terdapat juga yang berkahwin dengan manusia.Mereka juga terdapat bunian yang jahat dan baik seperti manusia.Penempatan mereka banyak tertumpu di nusantara jika dibandingkan seluruh dunia kerana faktor cuaca dan tanah.Kenapa saya mencelah ni kerana saya sendiri alami perkara yang sukar di terima kebanyakkan orang kerana benda2 diluar permikiran kita hanya orang yg betul2 faham aje yang boleh terima.Saya bersyukur kerana dibantu oleh golongan bunian ini dengan izin Allah saya sihat semasa terkena Santau Angin selepas orang bunian menyuruh saya berubat dengan. Ustaz Harun Din dan dia akan turut serta bergabung dengan Harun Din mengubati batuk saya yang berlarutan selama 3 bulan pada awal tahun 2012.Fyi golongan ni tidak mampu mengubati kita secara direct kerana berbeza kaum tetapi boleh bergabung dengan manusia yang berilmu tinggi.Fyi masa alam bunian berbeza iaitu 30hari kita bersamaan dengan 1 hari alam bunian dan 1 hari kita bersamaan 48minit alam bunian.Amalan ibadat mereka memang banyak dan tinggi tetapi mereka tetap menuntu ilmu dengan manusia iaitu Wali2 atau Ulama di Mekah.Mereka boleh hidup lama dan mereka juga beriman dengan Allah mengikut dengan Rasul mana yang dilantik serta yang seterusnya iaitu terakhir Nabi Muhammad s.a.w.Salah satu kelebihan mereka ialah mereka boleh melihat masa lampau(dengan jelas 100%) dan masa akan datang(kurang jelas iaitu 90%).Musuh mereka juga adalah Iblis,jin dan kaum sendiri(yg bersahabat atau menutut ilmu salah).Bentuk mereka adalah seperti manusia dan mereka boleh menyerupai dalam bentuk bintang bg yg berilmu.Bagi manusia yang berilmu tinggi sama ada ustaz,org yang ilmu tinggi dan bomoh boleh melihat mereka dan berinteraksi.Mereka memang benci dengan manusia yang jahat atau suka mungkir janji.maaf jika saya membuat sesiapa yang tersinggung dengan kenyataan saya..wasalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunian tidk akan tjuk diri sbnr dia bukan lah kecil atau pun rendah,,

      Padam
    2. tak da nama ,, bunian tidak redah atau pun kecik,, mereka tidak akn tunjuk kn diri sbnr ,,, mereka tidak mkn daging ataupun ayam ,, kacukn bunian jika manusia terus jd lah manusia terus jika bunian terus bunian lah terus ,,

      Padam
  6. Apa hukum membuat rawatan gabungan manusia berilmu tinggi dengan orang bunian seperti di atas?

    BalasPadam
  7. ni pengalaman pakcik aku di melake..bkan pgalaman ak..tp die pernah la bercerite peglman die terserempak dengan bunian ni. Pakcik ak ni tiggal kt sbuah kampung di daerah alor gajah, cerite die mcm ni, hidup kt kg biase la pakcik ak ni ade menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau2 die ni tuk pulang ke kandang..pagi lepaskan kerbau ni tuk makan, then petang halau balik..mcm tu la rutin die tiap hari. dipendekkan cerite, satu petang tu die xtaw knape kerbau die bleh pegi makan jauh sgat sampai kt dalam sebuah ladang kelape sawit yg kire2nye mcm baru nk tanam la…kelape sawit tu bersempadan dengan hutan simpan. so die ni pn pegi la halau kerbau die ni tuk pulang mase tu lebih kurang pkul 7 lebih la..senje dah la mcm tu ditambah pulak dgn hujan renyai2…tbe2 die trhidu bau yg sangat wangi…lbih kurang mcm bau pak haji nk g masjid tu …yes bau minyak atar..tp die kate lg wangi dari tu..ha bleh bayang x..haha…senje2 bau pelik2 plak ape lg die terus bergegas la nk balik kerbau tu esk punye cerita…time die cemas nak balik tu la tibe2 die trserempak dengan makhluk tu….time tu die ckp due2 tergamam bunian tu tgamam pakcik ak pn trkaku..sbb due2 tekejut..pakcik ak ckp bunian tu berdue, sorg lelaki sorg perempuan..ak tnye la mcmne rupenye cantik ke…die ckp die pn xtaw nk gmbrkn mcmne..die kate mse terserempak tu pasangan tu tgh bjalan smbil yg prmpuan tu peluk tgan lelaki tu..bekepit la mcm tu…bile trgamam tu dorg trus brenti dan toleh pakcik ak dengan pandangan yg xbleh die lupekan xbkelip mate dieorg…senyum x…marah pon x… pakcik ak kate lg due2 bunian tu nk kate cantik tidak…nak kate xcantik pn tidak..mmang die xbleh gmbarkan macamane..mmang xkn jmpe rupe tu dalam alam kite nak samekn mcm siti nurhaliza ke siti saleha ke..mmang xbleh lawan…ha hambik ko bleh bayang x cane rupe die….pakaian die plak pakcik ak ckp pkaiaan org lame jawa….yg lelaki ade pkai songkok yg org jawa pakai tu ape name tah…baju pn bju batik jawa…yg perempuan tu pkai baju kebaya lama jawa semua brcorak batik jawa…ak rase bunian jawa kot hehe…lepas tu pakcik ak terkaku xbleh ckp ape2 bile dah brtentang mata mcm tu…bunian 2 org tu tenung pakcik ak xsmpai 15 saat dieorg toleh dpan and terus bjalan smbil yg pompuan tu dok kepit tangan lelaki tu…pakcik ak still mcm tu tgamam lg smbil tgk dorg pegi terus masuk dlm hutan simpan tu…

    BalasPadam
  8. ak ckp kt die tu indon keje kt klape sawit tu kot…die kate xde kotor tanah ape pn kt bju die kain die basah pn tidak sdangkan time tu ujan renyai…n nk g mane dlm utan simpan tu…mse tu hr pn da nk gelap…lepas bunian tu dah xnmpak lg dlm hutan tu bru la plahan2 pakcik ak jalan balik die bingung lg time tu xlari mcm org nmpak hantu…smpai kt umh pakcik ak cite kt mak die, terus kene bebel dgn org tue tu.. tu la da senje2 dok dlm rumah…tu org tue2 dok kate mcm tu kn sbb senje adalah mase pertukaran untuk makhluk halus..mcm shiff la..kite shiff siang…dorg shiff malam….sejak haritu ade sikit perubahan la kt pakcik ak ni…mak die ade cite pakcik ak ni da smakin pndiam….suke dok kt pangkin dpn umh sorg2 temenung…xtaw la ak kn…smpai skang die masih mcm tu…tp ble kite bkak cite pasal bunian ni die akan cerite dgn pnuh smangat…tp kne pndai2 la cungkil sikit2..mcm ak buat ni..hehehe…ade atok tu ckp kawasan yg pakcik ak pegi tu mmang ade perkampungan die….penah zaman 60an dulu atok tu cite bunian ni baik2..suke tolg manusie…atok tu kate mase zaman die mude dulu ade pnah org kmpung masuk hutan cari kayu api..zaman tu org kampung susah xdak dapur gas la…lepas da ikat2 kayu api tu dgn rotan pakcik tue tu pikul la satu2 kayu api tu bwak balik rumh…ade lbih kurang 10 ikat kayu api atok tu dpt tp atok tu dpt bwak 2 ikat je…satu ikat pon dah satu pemeluk saiz die kyu api tu bile diikat…xpelah ulang alik la angkat…sampai je kt rumah atok tu , atok tu trperanjat tgk yg lapan ikat kayu api td da sampai kt rumah die siap tersusun cantik je…..atok tu mule cemas tgk kiri kanan…tbe2 atok tu trdengar suare lelaki bcakap, “ kalau nk mintak tolong lg bg tahu lah ye tok ” tp orgnye xde..suare tu dekat sgt….xlogik sorg lelaki boleh bawak lapan ikat kayu api dgn mcm tu pnye pantas..dan jauh…tula atok tu ckp..mmang btol la jin ni kdang2 ade yg baiknye…ade yg jahatnye..ape pon die ttap makhluk Allah kite berkongsi tuhan yang same..alam je berlainan…tp ciptaan kite manusia lebih mulia dari jin….ini cerita benar dari org2 lama…kalau berbohong orang2 lama tu…berbohong la aku…kita sebagai org islam wajib percaya pada sesuatu yg ghaib itu..Waalahu a’lam

    BalasPadam
  9. Agak2, bunian ni bole di dirakam dgn. kamera @ ke?

    BalasPadam
  10. macammana nk diubati. penjelasan dan panduan share. salah sorang ahli keluarga sering bermimpi bunian datang menganggu.

    BalasPadam

Artikel Popular