Khamis, 19 September 2013

Bahaya Santau

Apakah Santau?

Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaiton. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan; di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dan/atau sebagainya; dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.

PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; atas kehendak amalan sihir berkenaan. 

Jenis-jenis Santau:

  1. Santau Makan/Minum
Antara ramuan Santau
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

  1.  Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.   

  1. Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

  1. Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

  1. Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Bahan-bahan Membuat Santau 

1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Simptom-simptom Terkena Santau

Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).

Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
1)   Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2)   Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3)   Demam dan/atau selsema.
4)   Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5)   Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6)   Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7)   Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8)   Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9)   Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:
1)  Batuk berdarah.
2)  Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3)  Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4)  Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5)  Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6)  Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7)  Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8)  Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

Merawat Pesakit Santau

1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar'iyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).

3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.


Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com

19 ulasan:

  1. saya pernah terkena santau angin di bahagian perut tahun 2013. alhamdulillah sudah sembuh. tapi sampai sekarang perut saya ngilu. kesan dia ke apa tu? sebab saya ada buat scan dibahagian perut, doktor cakap tiada sakit apa2. kesan dia lama ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanya tak...
      Santau angin tu bermaksud org hantar... atau bermaksud santau kedai makan ye...

      Padam
    2. Sepupu saya kena bahagian perut sampai tak boleh mengandung dr tahun 2014 dia kahwin, baru smlm 2017 berubat cara Islam, dok pergi kat hospital dengan tak habis2 nya la operate...tu pon sbb dia gi lalu wktu org tu nak pelepas santau angin kat org dia tuju

      Padam
  2. kalo sayaeksim nggak sembuh sembuh ? sudah 20 tahun lebih apakah ini kena santau ?

    BalasPadam
  3. Santau mkn tu....nk brubt dia camne korang semua??

    BalasPadam
  4. saya tolong jawab la..sikit sebanyak belajar bab santau nie. kadang2 ada bisa yg belum habis dibuang. rajin2 lah solat hajat. biasanya santau nie kena tuju tepat guna nama orang atau gambar. terkadang biasalah mungkin kita secara tak sengaja tersakitkan hati orang. santau angin pun mcm tu jugek. kalau kat kedai makan mungkinlah cubaan nak merosakkan bisnes orang je. pada saya bukan semua santau nie bertujuan jahat. ada juge orang baik yg buat santau bg tujuan membalas penganiayaan yg x dapat dibalas dgn undang2. perawat santau juge perlu belajar habis sebelum merawat jgn sampai bisa santau memakan diri sbb merawat penjahat yg disantau. sekadar renungan bersama sahaja. ada kes perawat membantu penjahat. makin sombonglah penjahat. diharapkan perawat pusat ini tidak tergolong dalam perawat ini. wallahuaklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf encik sy bg pendapat ya, bagi pandangan sy pula jika kita melihat sudut agama, kita tak boleh menyekutukan Allah dengan bekerjasama dengan makhluk halus.. ia syirik.. biarlah org buat jahat dengan kita, jgn kita buat jahat dengan org.. xpe, kalau org aniaya kita, Allah Maha Besar dan Allah sahaja yg layak memberi balasan kepada mereka yg menzalimi kita.. semoga kita tidak terpedaya dengan tipu helah syaitan.. dan semoga yg si penjahat yg dtg merawat pada mana mana tempat rawatan islam sudahpun bertaubat.. ingatlah, darjat paling tinggi adalah mereka yg tetap sabar dan redha.. wallahualam

      Padam
  5. As'salammualaikum. Saya sendiri tika ini sedang sakit yg tk dapat di sah kan olih doctor. Ada pernah berjumpa pakar dlm rawatan Islamic, tapi semua yg saya jumpa minta bayaran dulu...bukan sikit.... :( padai pulak ckp sembuh tak sembuh itu terpulang pada Allah. Makin merajuk saya di buat nya, tapi nanti pakar kata shaitan pulak yg menghasut.....

    BalasPadam
  6. Ayh sy dh 6 bulan baktu sakit pinggang sakit kepala malam demam panas setiap hari hari bile pg hospital dok tor kata sihat..tp hakikatnye dia sakit n semakin lemah...dh 5 tempt berubat tp x baik2 ade sape2 boleh tolong sy?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum ustaz, baru baru ni saya ada pergi ke pusat perubatan islam untuk bertanya tentang masalah sy iaitu batuk berpanjangan melebihi 5 tahun. Setelah dirawat oleh perawat tersebut, beliau ckp saya di "santau angin". dan katanya santau ni bukan dituju untuk saya tapi dilepaskan si pengamal dan terkena pada saya. sejak 3,4 bulan yang lalu saya sering sakit bahagian belakang sehingga ada masa saya x mampu berdiri secara betul. apabila ditanya mengenai perkara tersebut, perawat cakap angin yang ada di tubuh saya telah menjadi "ular". dan kebetulan saya pernah bermimpi diserang ular tetapi diselamatkan oleh seekor gajah. Wallahualam.. yang saya cuma tahu mimpi cuma mainan tidur. jadi, dengan rawatan tersebut, perawat bekalkan saya dengan sebotol air yang telah di baca doa dan 3 batang tebu hitam dipotong 2. dan saya dinasihatkan pantang makan buah buahan masam, buah / sayur yang menjalar, pulut, ikan berbisa dan mcm2 lagi. tetapi pantang tu dinasihatkan dilakukan dalam masa seminggu. jadi mohon pencerahan ustaz, smggu selepas rawatan sy perlu pergi semula untuk putus ubat. soalan sy, mcm mana untuk saya tahu yang santau ni telah sembuh sepenuhnya?

    BalasPadam
  8. Kak kena santau berapa lama? Boleh sembuh sepenuhnya makan masa berapa lama kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pasti.. tapi melebihi setahun.Alhamdulillah batuk dah kurang dan x teruk mcm dulu, semoga saya sembuh sepenuhnya. InsyaaAllah

      Padam
  9. assalamualaikum.. baru2 ni saya ada terjumpa wang kertas rm1 di atas sebuah jejantas ketika hendak ke tempat kerja. pada mulanya sy ingin mengambil tetapi gerak hati ni mngatakan jgn. stlah lima lgkah ke hdapan, sy toleh kblakang dn duit itu hilang ntah ke mana. bila dfkirkan terbang dek angin tdak sma sekali tdak drsai angin dn dfikirkan lagi, knpa sblm sy tjumpa duit itu tdak trbang jkalau btul ia dtiup angin. adakah ia boleh dikatakan santau?

    BalasPadam
  10. Aslmkm....sya btuk hmpir 6 thun,tpi x smbuh pun.sya dh prgi hospital check,skli buat ujian khak n x-tray ,dokr ckap xde ap2 yg brlku..sy trpksa tahan batuk di dpn klrga ,sbb malu kalau merka tegur..sy rasa mcam nk mrh orng,kluarga pun x ambl pdluli psal sye..kalau smbhyg jdi x khusyk asyik batuk je...kalau wktu sy sngugut skli ngan batuk rase sakit...hnya allah sje yg tahu...kemungkinan saya terkena santau angin...soalan saya ap yg perlu sy buat@ adkh saya prlu jga pmknan

    BalasPadam
  11. Sy adalah bekas pesakit santau yg kronik
    Sapa2 nak tau tanda2 kena santau boleh tanya sy. Insyallah A toZ sy akan citerkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak saya terkena santau.separuh badan sebelah kiri lumpuh.ada cara n tempat untuk berubat tak

      Padam
  12. Saya nak tanya tuan kalau orang mentau kita to tak power and cepat diketaui atau di ubat. Mengetaui sapa yang buat..adakah santau tersebut akan memakan tuannya kembali...??

    BalasPadam
  13. Bole bagi saya alamat untuk saya pergi kesini

    BalasPadam
  14. assalamualaikum...kalau sya terjumpa duit syiling dan beras di bawah tilam..apakah itu juga santau..sebab sya pernah terjumpa dua kali dan saya selalu sakit-sakit belakang terutamanya waktu petang.

    BalasPadam

Artikel Popular