Sabtu, 23 September 2017

10 Kelebihan Untuk Anda di Pusat Rawatan Al-Qayyum

Bukan Sekadar Ruqyah.
Eksklusif. Sistematik. Terbukti.

1. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah ditubuhkan sejak Februari 2011 dan berpengalaman memberikan perkhidmatan RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN; sebagai Rawatan Utama, Rawatan Sokongan atau Rawatan Terapi; kepada lebih dari 5000 orang Pesakit, dari semua golongan dan profesion hingga ke VIP.

2. Alhamdulillah. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM amat diyakini oleh para Pesakit; yang datangnya dari seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak; juga Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Jepun, US, UK, Perancis, Australia, Oman, Qatar, Bahrain dll.

3. Bacaan Al-Quran oleh Perawat kami adalah secara TARTIL, TERANG dan JELAS sebutannya. Tidak ada sebarang mentera atau jampi serapah.

4. Barisan Perawat kami yang cekap, beretika, terlatih dan berpengalaman serta sentiasa berpegang dengan prinsip Iman, Takwa dan Istiqhomah di dalam merawat berbagai jenis Penyakit dan Masalah seperti gangguan jin/syaiton, sihir, ilmu hitam, saka, salah menuntut, penyakit hospital, tiada zuriat, masalah rumahtangga, masalah jodoh dan sebagainya lagi.

5. Kaedah dan Teknik Rawatan kami adalah bersandarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias yang telah terbukti berkesan (dengan izin Allah) di dalam merawat berbagai jenis Penyakit dan Masalah.

6. Kaedah dan Teknik Rawatan kami adalah mematuhi Syariat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepenuhnya; seiring dengan kursus dan garis panduan dari pihak Jabatan Agama Islam.

7. Sewaktu Sesi Rawatan, Bacaan Al-Quran dimantapkan lagi dengan Wirid, Asma'ul Husna, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab.

8. Tempat rawatan yang kondusif, dengan Terapi Aroma, Terapi Audio, Terapi Mandian dan sebagainya; yang menyokong proses penyembuhan; di samping bacaan Ruqyah Syar'iyah oleh Perawat.

9. Rawatan secara EKSKLUSIF, iaitu tidak bercampur dgn Pesakit lain sewaktu rawatan dijalankan. Demi menjaga kehormatan Pesakit, segala MAKLUMAT PESAKIT adalah dianggap SULIT dan RAHSIA; kecuali kepada Perawat sahaja.

10. Kadar Sumbangan yang berpatutan dari serendah RM50 untuk Prosedur Rawatan As-Syifa' (Penyakit Ringan). Kaunseling pula adalah PERCUMA.

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Popular