PERHATIAN: Laman alqayyum2u.blogspot.com ini tidak lagi dikemaskini. Sila layari laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan yang lebih baik dan terkini. Syukron jazilan. - Pentadbir

Isnin, 10 Jun 2013

Mewakaf Al-Quran Kepada KAFA Intergrasi Az Zahraa'



Pada tanggal 4 Rabiul Awal 1434H bersamaan dengan 16 Januari 2013 yang lalu, pihak Pentadbiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah berkesempatan menyampaikan sejumlah 30 naskah kitab-kitab Al-Quran kepada KAFA INTERGRASI (SRI) AZ ZAHRAA', Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Penyampaian telah diwakili oleh Mua'lij Zain Misbah, yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Adapun kitab-kitab Al-Quran tersebut merupakan sebahagian daripada sejumlah kitab-kitab Al-Quran yang telah diwakafkan oleh para Pesakit yang telah mendapatkan rawatan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ bertindak sebagai pengumpul wakaf dan akan mencari badan, organisasi atau individu Islam yang memerlukan wakaf tersebut. Kitab Al-Quran adalah dikategorikan sebagai Wakaf Al-Manqul (Harta Alih) iaitu harta yang boleh dipindahkan. Semoga aktiviti mewakaf yang dijalankan oleh kami ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. InsyAllah.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan AL-QURAN itu CAHAYA, yang Kami TUNJUKI dengan dia SIAPA YANG KAMI KEHENDAKI di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (As-Shuro: 52)

“Adapun ORANG yang MEMBERIKAN (HARTANYA di JALAN ALLAH) dan BERTAQWA, serta membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya JALAN YANG MUDAH. Dan adanya orang-orang yang BAKHIL dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (JALAN) yang SUKAR.” (Al-Lail : 5-10)

Artikel tulisan:

Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™