PERHATIAN: Laman alqayyum2u.blogspot.com ini tidak lagi dikemaskini. Sila layari laman web kami di alqayyum2u.com untuk paparan yang lebih baik dan terkini. Syukron jazilan. - Pentadbir

Sabtu, 4 Januari 2014

Rawatan Solat Hajat di Masjid Al-Mukarramah

Syukur alhamdulillah. Pada tanggal 12hb Disember 2013 (hari Khamis malam Jumaat) yang lalu; PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dengan kerjasama Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur; dengan jayanya telah mengadakan sesi Solat Hajat (2 rokaat), bacaan Doa-doa Mustajab serta Jamuan Makan; berikutan dengan satu TEMPAHAN RAWATAN SOLAT HAJAT yang telah dibuat oleh seorang Pesakit yang berada jauh di Muar, Johor.


Sesi tersebut telah disertai oleh sejumlah anggaran 200 orang jemaah dan telah diadakan pada waktu selepas Solat Isyak. Sebelum itu juga, turut diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil pada waktu selepas Solat Maghrib. Para jemaah adalah terdiri dari kalangan warga Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.


Ribuan terima kasih kepada Ustaz Mat Syaharuddin, selaku Imam Besar Masjid Al-Mukarramah; kerana telah sudi menerima permohonan serta menyempurnakan hajat dari Pesakit PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Sekalung penghargaan juga kepada Imam yang bertugas pada malam tersebut dan para jemaah yang telah sama-sama menyumbangkan keikhlasan mereka demi mencari keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“TOLONG-MENOLONGLAH kamu dalam perkara KEBAIKAN dan KETAQWAAN, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan TAKUT OLEHMU AKAN ALLAH. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat”. (Surah Al-Maidah: 2)

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW; Baginda telah bersabda:

“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambanya selagi mana dia suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)



Tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Segala penyakit dan masalah itu datangnya dari Allah SWT, sebagai ujian mahupun sebagai kifarah demi untuk meningkatkan darjat seseorang itu di sisiNya; yang pastinya mempunyai segala hikmah, yang jelas dan mahupun yang tersembunyi.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Jika Allah menimpakan sesuatu KEMUDHARATAN kepadamu,maka TIDAK ADA YANG DAPAT MENGHILANGKANNYA KECUALI DIA. Dan jika ALLAH MENGKEHENDAKI KEBAIKAN bagi kamu, maka TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KURNIANYA. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba – hambaNya dan Dia lah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Yunus: 107)

"Aku MENGABULKAN permohonan orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahku) dan hendaklah mereka BERIMAN kepadaKU, agar mereka selalu berada dalam KEBENARAN" (Al-Baqarah: 186)


Maka, adalah tidak menjadi kesalahan atau keraguan di dalam melaksanakan Rawatan Solat Hajat ini melalui Solat Hajat, Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab serta mengadakan Jamuan Makan di Masjid atau Surau. Semuanya ini adalah menjadi ibadah dalam mencari keredhaan dan memohon pertolongan Allah SWT bagi menyembuhkan Penyakit atau menyelesaikan masalah - selagi segala iqtiqad, niat dan perbuatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam aliran Ahlil Sunnah Wal Jamaah. In shaa Allah.

Apa yang penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi perawat islam atau yang tersesat tanpa disedari; yang menggunakan khidmat jin (yang memang boleh melakukan perkara-perkara yang pelik, ajaib dan mustahil pada pandangan manusia).

Penggunaan khadam jin, mentera, sihir serta yang berkaitan dengannya adalah HARAM kerana ianya adalah perkara SYIRIK dan KHURAFAT dan sudah tentu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, kesusahan dan penderitaan samada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali. Nau’zubillahi minan zalik.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; KAMU TIDAK AKAN BEROLEH sebarang PENOLONG dan PEMBERI SYAFAAT SELAIN DARI ALLAH; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)? " (As-Sajadah: 3) 








Artikel tulisan:
Cikgu Indera Saifullah  
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
alqayyum2u.blogspot.com